Indeks Pasaran Saham

Sepanjang pergerakan turun naik keseluruhan indeks pasaran, setiap 3 daripada 4 saham individu akan turut sama bergerak seiringan dengan indeks pasaran (bagaimana mengenal pasti arah tuju pasaran saham). Oleh itu, pengetahuan dan pemahaman yang tepat tentang arah indeks pasaran saham, sama ada turun (downtrend) atau naik (uptrend) amat penting sebelum sesuatu urus niaga jual/beli saham dimulakan. Adalah menjadi suatu yang betul-betul sukar apabila kita cuba menentang arus dengan membeli saham semasa indeks pasaran saham menunjukkan keadaan pasaran yang lemah atau berada pada masa kejatuhan.

Kenaikkan Indeks Pasaran Saham (bagaimana mengenal pasti arah tuju pasaran saham) 

Uptrend dalam sesuatu pasaran selalunya akan bermula apabila keadaan perniagaan syarikat sedang atau masih berada dalam keadaan menurun (downtrend) iaitu apabila majoriti syarikat akan melaporkan kerugian-kerugian yang dialaminya dalam suku terkini. Ini tidak bermakna sebaik sahaja keadaan pasaran pulih, situasi kewangan syarikat-syarikat akan juga bertambah baik. Akan masih ada syarikat yang melaporkan kerugian kewangan walaupun pasaran saham telah lebih 3 bulan berada dalam keadaan uptrend. Ini disebabkan oleh satu keadaan di mana, pasaran saham secara keseluruhan telah dapat mengagak dan telah mengambil kira semua keadaan ekonomi, politik dan keadaan semasa dunia beberapa bulan ke hadapan dan ini ditunjukkan dengan kenaikkan indeks pasaran saham walaupun keadaan ekonomi negara atau persepsi majoriti pada pasaran saham masih pada aras terendah. Dalam kata lain, pasaran saham merupakan indikator terkehadapan (leading indicator) berbanding analisis fundamental bacaan statistik ekonomi negara seperti KDNK, dll. Pasaran saham boleh dikatakan sebagai satu benda hidup yang boleh mengagak kesan sesuatu keadaan dan menterjemahkannya ke dalam pergerakan harian price dan volume. Ia merupakan tempat berkumpulnya beribu-ribu pelabur yang membuat berbagai-bagai keputusan tetapi keputusan terakhir akan diperlihatkan pada harga penutup saham atau index pasaran, sama ada turun atau naik berbanding hari-hari sebelumnya. Downtrend dalam sesuatu pasaran pula akan bermula apabila keadaan perniagaan syarikat-syarikat yang sahamnya diniagakan dalam pasaran saham, dalam keadaan terbaik di mana syarikat- syarikat akan melaporkan keuntungan-keuntungan yang telah diperoleh pada suku terkini dan persepsi majoriti pelabur berada pada tahap terbaik berkenaan pasaran saham (bagaimana mengenal pasti arah tuju pasaran saham). Ekonomi negara juga pada ketika itu berada pada tahap memberangsangkan. Namun, jika majoriti pelabur yang berada dalam keadaan ini (menjangkakan keadaan baik akan kekal berterusan), selalunya kita sudah hampir ke kemuncak kenaikkan pasaran saham. Jika hampir kesemua pelabur sudah membeli, maka tiada kuasa belian baru yang boleh memacu pasaran naik lebih tinggi. Jika pembeli sudah tiada, maka pemegang saham yang sedia ada kemudianya akan menjadi penjual sebaik sahaja ura-ura berita buruk sampai ke telinga mereka. Jadi dengan hanya bergantung kepada analisis fundamental sahaja tidak mencukupi untuk keluar masuk pasaran saham. Tetapi masih terdapat kebanyakkan pelabur bergantung kepada hanya analisis fundamental untuk tujuan tersebut.

Arah Pergerakkan Pasaran Saham (bagaimana mengenal pasti arah tuju pasaran saham) 

Kaedah terbaik mengenal pasti arah pergerakan saham-saham adalah dengan melihat, memahami dan menafsirkan dengan teliti carta harian indeks-indeks pasaran saham dari segi perubahaan harian price dan volume. Kebanyakkan orang akan menyatakan adalah mustahil untuk mengagak arah pergerakkan pasaran saham turun atau naik. Tanggapan ini hasil daripada gagalnya percubaan para fund manager institusi kewangan untuk mengagak dan mengikuti dengan tepat arah pergerakkan pasaran saham. Disebabkan saiz fund yang mereka uruskan terlalu besar, menyebabkan tindakan keluar masuk pasaran tidak dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat, padahal keadaan pasaran saham boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Faktor kekangan yang diberikan kepada fund manager oleh pihak atasan institusi kewangan turut menyumbang kepada ketidakupayaan mereka untuk keluar masuk pasaran secara pantas. Kebanyakkan institusi kewangan akan mensyaratkan kepada fund manager untuk sentiasa dalam keadaan fully invested 95% ke 100% daripada saiz fund yang mereka uruskan (bagaimana mengenal pasti arah tuju pasaran saham). Ini bermakna, fund manager tiada kebebasan untuk keluar masuk pasaran saham seperimana yang biasa dilakukan oleh pelabur individu. Kita sebagai pelabur individu tiada masalah berkaitan saiz fund . Kita boleh masuk dan keluar daripada pasaran dalam sekelip mata dan boleh bergantung sepenuhnya kepada arah pergerakan semasa pasaran dalam setiap keputusan yang diambil dan ini memberikan kelebihan yang besar kepada pelabur individu.

Tujuan Analisa Arah Pasaran Saham

Perlu dinyatakan di sini bahawa, untuk pasaran Bursa Malaysia, terdapat bermacam-macam indeks pasaran yang dicipta bertujuan untuk mengukur prestasi kumpulan saham yang sama dan tiap- tiap satu indeks berbeza-beza dari segi komposisi saham yang terkandung dalam indeks tersebut. Namun kadang kala, ada juga indeks yang merupakan sub set kepada indeks yang lebih besar seperti contoh indeks FBMT100 turut mengandungi saham-saham dalam indeks FBMKLCI dan FBM70 (bagaimana mengenal pasti arah tuju pasaran saham). Sila rujuk link ini untuk penerangan terperinci dan senarai indeks FTSE Bursa Malaysia yang terkini: FTSE Bursa Malaysia Indices.

Bagi tujuan analisa arah pasaran saham, kita perlu kepada indeks pasaran yang secara aman dan menyeluruh dapat mengambarkan keadaan arah pasaran samaada turun atau naik. Seperti yang kita ketahui, majoriti saham dalam pasaran akan ikut arah indeks pasaran. Jika indeks pasaran naik, maka majoriti saham akan turut naik dan sebaliknya juga berlaku. Jadi kita perlukan indeks pasaran yang boleh memberikan kita gambaran secara am arah pasaran. Pada saya, indeks FBMKLCI dan FBMEMAS merupakan dua indeks terbaik untuk kita rujuk dan gunakan sebagai kayu pengukur arah pasaran. Namun saya lebih cenderung kepada FBMKLCI disebabkan hampir kebanyakkan pelabur luar atau dalam merujuk indeks FBMKLCI sebagai rujukan utama mereka keadaan pasaran Bursa Malaysia dalam satu-satu masa.

source: www.ilmubiz.com

Filed under : Bikers Pintar,